Daftar Sebagai Pengedar Sah Shaklee
Kami
mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam keluarga Shaklee kami. Kejayaan
melahirkan ramai Business Leader yang berjaya memperoleh pendapatan
3/4/5 angka adalah kepakaran kami. Kami mempunyai SISTEM yang TERBUKTI
membawa ramai pengedar Shaklee di bawah naungan kami berjaya membina
EMPAYAR SHAKLEE masing-masing.
Jana pendapatan bersama Shaklee sekarang!
Apakah manfaat dan peluang yang ditawarkan apabila anda menjadi pengedar sah Shaklee?
Program Ganjaran Tunai
Bonus Kumpulan Peribadi (21%)
Bonus Peribadi
Bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah
PV Kumpulan Bulanan anda. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira
melalui UV kumpulan anda. Peratusan ini akan meningkat seiring dengan
kenaikan tanggungjawab kepimpinan anda bilamana anda menaja pengedar
baru masuk ke dalam kumpulan anda. Untuk melayakkan diri menerima Bonus
Peribadi, Pengedar mestilah mempunyai paling minimum 30 UV Peribadi
dalam bulan pembayaran bonus.
Bonus Kempimpinan (sehingga 6 paras ke atas)
Anda layak
menerima Bonus Kepimpinan apabila anda melahirkan Pemimpin Jualan yang
baru di dalam organisasi anda (“break out”). Bonus Kepimpinan dibayar
kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan menepati prestasi yang
digariskan untuk bonus ini.
Bonus
Kepimpinan dibayar berasaskan pada PV Kumpulan sehingga Pemimpin Jualan
tahap ke-enam. Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar Kiraan
Mata pada Tahap Pertama (First Level Point Count) dalam kumpulan
tersebut.
Insentif Coordinator (sehingga 1.5%)
Bonus Insentif
Khas Shaklee (Insentif Coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran
bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat
Coordinator dan ke atas, yang layak.
Program Kereta
Program Subsidi
Kereta Shaklee ialah program insentif yang ditaja khas oleh Shaklee
untuk semua para Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat
yang ditentukan.
Pemimpin Jualan
yang menepati syarat kelayakan akan mendapat kredit kereta setiap bulan
dimana mereka perlu memenuhi syarat perlaksanaan Program Kereta ini
secara minimum.
Program Konvensyen/ Insentif
Sebaik
sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda telah mula mendapat mata
terkumpul untuk Program Konvensyen Shaklee. Destinasi dan kelayakan UV
bagi setiap konvensyen berbeza pada setiap tahun. Sila rujuk Brosur
Konvensyen/insentif untuk keterangan lanjut.